Macam kata Tok Guru...

Monday, November 16, 2009

Bunga Matahari kecil layu?

Sedih rasanya bila pagi tadi tengok pokok bunga matahari kecil layu. Apa sebabnya, tak pasti.

Monday, November 2, 2009

Pasu 3 RM 10 dan Tanah RM1 sebungkus.

Tak tahu ok ke tak. Bantai je dulu. Belajar dari pengalaman. Kadang-kadang lebih suka belajar sendiri dari dok tanya orang itu ini, karang orang tu cerita bukan betul sangat pun. Lainlah kalau aku berjaya interview Pakcik Storm pasal pokok-pokok nih. So, dengan hati berbunga, petang tu aku ajak kawan-kawan ke kedai pasu yang aku yakin mmg ada banyak di area jalan nak ke Pontian (suka tengok landmark).

Ingatkan pasu mahal (RM10/satu), rupa-rupanya 3biji RM10 sahaja. So beli 3 terus, macam tamak jugak, tapi taklah...Tu semangat untuk menanam lagi tu. Sebab nk guna 1 je. So, petang yang berbahagia tu, belia 3 biji pasu dan 2 bungkus tanah. Tanah ni RM1 sebungkus. Entah elok entah tidak. Wait and see. Sebelum balik, sempat cilok (minta dengan berbudi bahasa) sehelai polibag dari kedai tu. Mujur mamat Indonesia tu baik (satu yg aku suka kat kedai ni).

Balik dah nak 615pm. Ada pulak geng yang kelaparan. Tak sangka-sangka ada orang nak makan seafood. So, petang tu xdapatlah siram pokok dan merasmikan pasu baru.

Esoknya, pagi-pagi aku  tengok pokok. Niat dihati nak semai pokok cili baru untuk orang PE. Sebab kadang-kadang bila aku kerumah dia dia pesan cili beli kat kedai tapi yang tak tahannya, nak sikit aje. Malu jugak beli cili 10sen atau 20sen je. Cewah...xde mende pun. So, aku rasa berbaloi jugak bagi dia sebuah pokok.

So, nanti kita tengok perkembangan pokok cili yang aku semai tu. Yang guna polibag free. Okeh, nanti kita sambung lagi ye.

Saturday, October 31, 2009

Dah update diorang.

Semalam dok cari tanah yang pernah beli dengan Eira sebelum ni. Tak jumpa-jumpa. But then, bila Yanti tengok dalam almari cokelat (tujuan asal nak cari raket badminton), alhamdulillah jumpa semula tanah tersebut. Bolehla transfer pokok cili yang dah sebulan beli tapi x transfer kedlm pasu besar lagi. So, pagi tadi lepas balik dari pasar terus transferkan.

Semalam, ada kenduri Pakcik Ali (smlm baru tahu nama Pak cik Ali) yang sebelum ni kami panggil Pakcik Storm(sebab dia bawak Storm, Aifa suka recognize orang guna brand kereta)..Dia dan isterinya nak naik Haji. Habis tu, berkempatanlah sembang2 dengan makcik-makcik ni. jiran2 sebaris yang mmg tak pernah bersembang. Barulah tahu, Pakcik ni ada nursery bunga dekat technovation Park yang masa duduk Pulai Emas aku lalu hampir setiap hari.

Sayangnya, dia dah mula tutup nursery tu sebab nak ke Mekah. Rumah dia memang sangat mesra alam. Siap ada mural gambar hutan lagi. Rupa-rupanya sebelum ni dia kerja di Hutan. MAcam-macam betul.Tapi kebetulan pula tima aku nak mula hobi baru ni, baru tahu dia ada nursery. Memang Allah yang mengaturkan segalanya. Okeh, layanz gambar adik-adik aku ni. Sebelum ni letak kat pagar, tapi macam tak berseri, so letak pulak kat tepi grill. macam nampak kemas sikit.


Letak di tepi grill. Much better.





Ni nursery mini kat Hutan Bandar. Beli pokok limau & bunga matahari kecil


Bunga matahari kecil. Ada juga nama lain. Tapi budak tu ckp nama scientific. Ape daa...


Pokok limau. Dah ada 2 biji buah limau. nyum..sedap buat air nih. Sabar2~


Pokok cili. Beli kat pasar hanya RM3. Nanti nk tanam yg baru. Boleh jual kat jiran2..hahaha

Tips Menjaga Pokok Hiasan

Salam.


Yang ni dapat dari web Jabatan Pertanian Daerah Manjung.

Ok jugak kalau rajin2 cuba tengok : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan.htm



Semakin ramai suka menghias rumah dengan pokok hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar. Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.

Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:

  1.     Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar
  2. Pastikan ada banyak tunas baru
  3. Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal
  4. Periksa adakah akarnya tertanam sempurna      
  5. Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibe
  6. Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;
  7. Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar
  8. Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah      
  9. Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar
  10. Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah.
  11. Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya
  12. Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru